Saturday, March 10, 2012

righteous spouse


O Allah! Please grant me the one
Who will be the garment for my soul
Who will satisfy half of my deen
And in doing so make me whole

Make him righteous and on your path
In all he'll do and say
And sprinkle water on me at Fajr
Reminding me to pray

May he earn from halal sources
And spend within his means
May he seek Allah's guidance always
To fulfill all his dreams

May he always refer to Qur'an
and the Sunnah as his moral guide
May he thank and appreciate Allah
For the woman at his side

May he be conscious of his anger
And often fast and pray
Be charitable and sensitive
In every possible way

May he honor and protect me
And guide me in this life
And please Allah! Make me worthy
to be his loving wife

And finally, O Allah!
Make him abundant in love and laughter
In taqwa and sincerity
In striving for the hereafter!



Sunday, February 26, 2012

redhakah aku?

again, i'll write about ayah.


jujur, aku memang selalu menangis teringat kan ayah.
aku rindu suare ayah.
rindu nak tengok ayah.
rindu nak bace sms ayah bagi.
rindu nak denga nasihat ayah.
rindu nak rasa ayah gosok kepale bila kejut pagi-pagi.

sungguh Allah kurniakan ayah yang terbaik untuk aku.
syukurnya aku padaMu ya Allah hanya Engkau yang tahu.

kerana tu Allah tarik nyawa ayah dengan cara yang baik sekali.
Allah jemput ayah di tanah suci.
diberi peluang pada ayah untuk disembahyangkan di tempat mulia, masjidil haram.
disediakan tempat kubur ayah di tanah suci.
sungguh Allah menjadikan ayah tetamu-Nya.
Allahuakbar.

aku sentiasa berkongsi rasa pada kawan-kawan bila aku sakit sangat.
sakit dalam hati kerana terlampau rindukan ayah.
sakit yang tiada ubat jual di farmasi atau klinik.
sakit yang takde doktor boleh rawat.

kawan-kawan sering suruh aku redho.
ikhlas menerima ketentuan Allah.
terima kasih semua kerana sentiasa nasihat kan aku.
terima kasih kerana sentiasa bagi semangat.
semoga Allah membalas kebaikan kalian.

kadang-kadang terdetik dalam hati.
kenapa aku jadi macam ni?
tak redho kah aku dengan pemergian ayah?
tak ikhlas ke aku menerima takdir Allah?

apa itu redha sebenarnya?
jika redha tak boleh menangis ke?
tak boleh merindu ke?
benar aku lemah.
aku insan biasa yang sungguh lemah.

redha dengan ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah WAJIB hukumya.
tapi bagaimana kita nak tau yang kite betul2 redha?
aku sendiri tak pasti.
aku harap aku redha. redha yang tak hanya di mulut. tapi di hati juga.

jika ditanya pada aku, sudah pasti aku jawab aku redha.
cuma rindu dan kenangan itu tak boleh hilang.
tak aku mempersoal kan kenapa Allah ambil ayah.
kerana aku tau Allah lebih sayang kan ayah.
anak mana yang tak gembira jika Allah sayang kan ayahnya?
itulah yang aku rasa.
gembira,bersyukur kerana Allah sayangkan ayah.

cuma untuk hilang kan rindu terhadap ayah.
memang mustahil......

Wednesday, February 22, 2012

anak yatim

pak ali: ayah awak kerja apa?

aku: ayah saya dah tak ada.

pak ali: tak ada? dah meninggal?

aku: aah.........


pak ali terus tanya student-student lain pulak pasal ayah dieorang.

********

hati sayu sungguh.
rasa diri ni sangat kecil.
rasa malu.
mendengar masing-masing bercerita pasal ayah dieorang.
tak, aku bukan dengki.
tapi hati jadi sebak.
dalam hati seperti meronta-ronta mahukan ayah balik.
cepat-cepat aku istighfar.


“Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap.”



p/s: anak yatim tak pernah hina dan kecil di sisi Allah.jangan sedih, hati.



Friday, February 3, 2012

ini bukan puisi

biarlah dia.
kenapa masih ingin ambil tahu.
dia sikit pon tak ambil tahu pasal kamu.

nak sms. segan.
nak telepon. lagi la segan.

biarlah dia dengan kehidupan dia.
kamu dengan kehidupan kamu.

mungkin dia ingat kamu masih macam dulu.
cepat marah.cepat melenting.
tapi yang penting kamu tahu diri kamu.
kamu sekarang lebih tabah. lebih sabar.

banyak benda dah berlaku.
banyak benda dah berubah.
dia dan kamu tak mungkin macam dulu lagi.
terimalah. redhalah.

dia sedang berbahagia.
kamu tahu itu.
tapi jangan salah sangka.
tak sedikit pon timbul perasaan cemburu.
cuma terkilan kenapa jadi macam ni sekarang.
mana janji-janji dulu?

sahabat.
mungkin itu tak pernah wujud.
mungkin kamu saja yang rasa macam tu.
jika benar sahabat.
takkan dia tinggal kan kamu terkontang-kanting seorangan.