Sunday, December 27, 2009

kekecewaan.

saya mahu laman rumah saya seperti:


atau


atau




tengok!betapa besar cita-cita saya!final year project sangat kejam!


Friday, December 25, 2009

perasaan kembali ke sekolah.

besok aku akan kembai ke sekolah. dan sekarang aku di kuantan.half way journey to upm.apa perasaan mahu kembali ke sekolah?seronok?excited?sedey?dan jawapan biasa aku,belum ready nak blaja balik.

sesungguhnya dan sejujurnya aku sangat malas untuk ke sekolah. aku dah dapat rasakan huru-hara hidup dengan final year project. dahla aku dapat tajuk bukan choice aku. benda tuh dahla aku tak penah blaja.zero knowledge. tapi masa cuti ada baca skit-skit.bak kata si gemok (bukan nama sebenar), giyf-maksudnya google is your friend. sungguh canggih singkatan itu.tapi mungkin lebih sesuai, fiyf-facebook is your friend.

xpe mahfuzah,teruskan berusha!!

besok mak ayah aku hantar.memang setiap sem ayah aku hantar.tapi itu bukan bermakna aku nih manja.walaupon masa pegi kenduri kawen hari tu,orang tanya sem berapa bukak nanti, aku dengan tiada perasaan menjawab sem 6.

"sem 6 pon ayah hantar lagi",kata tuan rumah kenduri trsebut.sungguh tidak patut kan?

ok.sampai di sini saja.sebenarnya,aku update blog ni disebabkan aku mendapat komen di fb menyatakan kenapa ada 1 post sahaja.hah,amek!

Wednesday, December 16, 2009

pendahuluan.

ok.ni adalah 1st entry aku.at last,aku mempunyai blog sendiri.sukar untuk dipercayai.

tujuan aku membuat blog ini adalah:
1) aku dapat membuat komen blog-blog kawan2 aku dengan tidak perlu menjadi "anonymous".sesungguhnya aku sangat menggemari membaca blog-blog kawan2 aku.ye,aku mmg agak bz body.bukan bz body,caring.walaupon mereka tak tahu.lebih2 lagi time nak exam.tidak tahu mengapa.

2) aku dapat meluahkan perasaan (ini amat meloyakan.sila ke toilet untuk muntah).

3) aku dapat men-share ilmu-ilmu yang aku tau.contohnya, nama saintifik untuk rambutan, Nephelium lappaceum.ok.aku tau nama itu sangat pelik.aku pon tak tau kenapa orang perlu reka nama-nama susah.mungkin untuk buat aku fail.

4) aku dapat mengisi masa lapang memandangkan aku tidak mempunyai begitu ramai kawan di upm.

cukupla sampai di sini saja sebagai permulaan aku.aku bukannya pandai sangat menulis.penulisan bukan merupakan subjek kegemaran aku.

p/s:agak nervous rupanya menulis blog ini.