Thursday, February 11, 2010

weekend ini

TAK BEST sebab:

- aku tak balik rumah.
- cafe tak bukak.jauh mahu pergi mencari makanan.
- terpaksa ke lab menjaga biji-biji pisang 'kesayangan'
- aku tak dapat merasa kegembiraan bersama keluarga terchenta.
- keseorangan di bilik.
- terpaksa ke ladang pada awal pagi mem-pollinate musk melon
- membuat assignment yg banyak nak mampos.



BEST sebab:

- en.ridhwan mahu datang melawat.
- nanti lepas cuti boleh tunjuk dekat supervisor proposal yang dah siap cantik (sgt berharap ini akan berjaya)
- kaklang meminjamkan kereta kancil beliau.memudahkan untuk membeli makanan dan ke lab. time kasih kaklang!
- dapat menonton adnan sempit.
- dapat makan kepok lekor dari teganu walau tak balik




p/s: saya rindukan mak ayah saya.sungguh!
-

Friday, February 5, 2010

saya.seorang.yang.bosan

entri kali ni memang bosan.sesuai untuk orang-orang bosan cam aku.kalau kamu buka orang yg bosan.sila berhenti baca.

aku sangat bosan.ye hidup aku sangat bosan.untuk remaja seperti aku (22 maseh remaja), sepatutnya aku lebih bersosial.

ni adalah sebab-sebab kenapa aku bosan:
1) aku tidak mempunyai ramai kawan di upm.aku cuma ada sedikit kawan sahaja.kenapa orang taknak kawan dengan aku?aku sombong?atau aku bosan?mungkin silap aku menyebabkan aku tak ramai kawan.aku tak pandai nak menegur orang dulu.aku tak pandai nak bermuka-muka manis.aku tak sama macam orang lain.aku tak se-peramah orang lain.hidup di u sangat berbeza.kadang-kadang kita perlu tak menjadi diri kita semata-mata untuk orang berkawan dengan kita.kita sangat perlu menjaga perasaan orang lain sampaikan kita lupa perasaan diri kita sendiri.kadang2 rasa sangat penat buat begitu.sungguh tak seronok.betol.tak tipu.kelakuan itu sangat tak seronok.

2) encik ridhwan salu bz.ye,die sedang intern.orang bekerja memang salu penat.tolong la paham cik mahfuzah.memang susah keadaan ni (mesti korang nmpk simple je kn).tapi girlfriend mana yang suka tidak dilayan?bukan dia tak layan.cuma sekarang kurang.(demand di situ ye).

3)rumah aku jauh.aku tak boleh balik umah setiap minggu.sebab rumah aku jauh.kalau rumah aku dekat,konfem tiap2 minggu aku balik.rumah la tempat paling best!

4)aku seorang student final year.bila dah jadi student final year ni.dengan automatiknya akan mempunyai final year project.dan aku sungguh tidak gemar membuat thesis.project ni jugak menyebabkan aku tak boleh balik time cuti raya cina.damn!

5)duit aku sem tidak banyak.jadi aku tak boleh berjoli sakan.kadang2 bukan aku nak bershopping.tapi shopping adalah satu treatment untuk melupakan masalah dan merasa happy.




ok.mungkin kamu semua sudah bosan membaca entri orang bosan ini.aku stop sampai di sini.perlu mandi dan sembahyang.



p/s: blog aku memang mengalami kesukaran untuk memberi komen.mungkin disebabkan template yang aku guna.aku pon tak tau mengapa.aku buta IT.