Monday, October 31, 2011

kasih ayah seluas lautan


sungguh. aku rindu.
terasa beban berat menimpa diri.
kaki kadang-kadang terasa lemah untuk berdiri.
tapi aku yakin pada Allah.
semua ni perancangan Allah yang hebat.
mati itu pasti.
itu janji Allah.
cuma waktu dan ketika nya je yg tak tau.

terima kasih Allah kerana ambil nyawa ayah dengan baik.
beri kesempatan pada ayah untuk meninggal di mekah.
beri kesempatan pada ayah untuk mengucap sebelum ditarik nyawa.
beri kesempatan pada ayah untuk disembahyangkan di tempat yang mulia, Masjidil Haram dengan beribu-ribu jemaah yang baik.
terima kasih Allah kerana memudah kan segalanya untuk ayah.

untuk kami yang masih hidup.
tentulah pemergian ayah adalah satu yang berat untuk diterima.
tapi kami redha.
kami yakin Allah tahu ape yang terbaik.
kami yakin Allah sentiase ade bersama hamba-hambaNya.
Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Mengetahui.
semoga Allah jaga hati kami.
supaya sentiasa berada di landasan yang betul.
semoga Allah kuat kan hati kami.
supaya kami menjadi mukmin yang tabah.

kasihnya pada ayah takkan pernah pudar.
ayah sentiase di hati.
pesanan ayah sentiasa diingat. insyaAllah.
perkara-perkara baik yg ayah ajar, akan sentiasa diamal. insyaAllah.

Ya Allah Ya Rabbi.
sesungguhnya Kau telah pinjam kan ayah yang baik untuk ku.
terima kasih Ya Allah.
walaupon belum puas merasa kasih sayang ayah.
sekurang-kurangnya masih juga sempat merasa.
indah sungguh kasih ayah, Ya Allah.

tugas ayah di dunia telah selesai.
tugas aku sebagai anak perlu diteruskan.
doa anak yang soleh takkan putus. itu janji Allah.

Ya Allah Ya Rabbi.
Kau tempat kan lah ayahku di kalangan orang-orang yang beriman.
Kau mudahkan lah hisabnya.
Kau luaskan lah kuburnya.
berilah cahaya di dalam kuburnya, Ya Allah.
Kau terimalah segala amalan solehnya.
maafkanlah ayah jika ada kesilapannya di dunia.
amin rabbal alamin.

Friday, October 14, 2011

anugerah terindah


semoga hari ni dapat tebus balik ape yang jadi 6 tahun lepas.
semoga hari ni mak ayah berasa bangga dengan anaknya ni.
semoga hari ni mak ayah dapat tersenyum puas.
semoga hari ni aku dah tak rasa bersalah lagi.
semoga hari ni aku dah tak menyesal lagi.

yang paling penting.
semoga hari ni aku dapat gembirakan mak ayah.
sungguh aku janji dengan diri ni takkan buat mak ayah kecewa dan sedih lagi.
walau mak ayah tak datang tengok anak ni.
aku tau doa mereka tak kan putus untuk aku.
terima kasih mak ayah untuk support dan doa yang tak penah henti.



p/s: terima kasih Allah kurniakan ibubapa yang terbaik.

Thursday, October 13, 2011

omong kosong


lelaki.
mudahnya jatuh cinta.
mudahnya jugak melupakan bila sudah ada pengganti.

dah lumrah.

Sunday, October 2, 2011

melawan kesepian

be happy. even when you're alone.




sebab sebenarnye kau tak pernah sorang. Allah is watching you 24/7.
ingat, mahfuzah.
song mode: melawan kesepian by siti nurhaliza



p/s: dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang.tq amin for the reminder.