Aku memohon kepada Engkau akan kedudukan yang baik yang Engkau redhai.
dan sesungguhnya jadikanlah kami dalam kumpulan yang berbahagia serta mencukupi.
dan Engkau permudahkanlah bagi kami semua kehendak kami dan tuntutan kami.
dan kurniakan kebaikan bagi kami dengan keredhaan Engkau yang memberi manfaat.
kami memohon perlindungan dengan zatMu yang Maha Agung serta Maha Pengurnia.
dan kurniakanlah kepada kami kejayaan yang segera.
perkenankanlah ya Allah doa kami.
dan terimalah kembalinya kami.
masukkanlah kami ke dalam pemeliharaan Engkau dengan rahsia firmanMu.
bahawa sesungguhnya apabila Engkau mengkehendaki sesuatu hanya berkata 'Kun'.
maka jadilah ia.
Maha Suci Engkau yang dengan kekuasaan-Mu menguasai tiap-tiap sesuatu.
dan kepada-Mu semuanya akan kembali.
ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad
dan kepada keluarga dan sahabat baginda sekalian.
segala puji bagi Allah, Tuhan penguasa seluruh alam.
selamat hari lahir ke 63 ayah.
tahun ni hanya doa dan ayat-ayat suci al-quran yang mampu nor hadiahkan.
semoga Allah memberi hadiah yang lebih beharga dari segala apa yang ada di dunia untuk ayah.
nor sayang ayah, kerana Allah.