Sunday, February 26, 2012

redhakah aku?

again, i'll write about ayah.


jujur, aku memang selalu menangis teringat kan ayah.
aku rindu suare ayah.
rindu nak tengok ayah.
rindu nak bace sms ayah bagi.
rindu nak denga nasihat ayah.
rindu nak rasa ayah gosok kepale bila kejut pagi-pagi.

sungguh Allah kurniakan ayah yang terbaik untuk aku.
syukurnya aku padaMu ya Allah hanya Engkau yang tahu.

kerana tu Allah tarik nyawa ayah dengan cara yang baik sekali.
Allah jemput ayah di tanah suci.
diberi peluang pada ayah untuk disembahyangkan di tempat mulia, masjidil haram.
disediakan tempat kubur ayah di tanah suci.
sungguh Allah menjadikan ayah tetamu-Nya.
Allahuakbar.

aku sentiasa berkongsi rasa pada kawan-kawan bila aku sakit sangat.
sakit dalam hati kerana terlampau rindukan ayah.
sakit yang tiada ubat jual di farmasi atau klinik.
sakit yang takde doktor boleh rawat.

kawan-kawan sering suruh aku redho.
ikhlas menerima ketentuan Allah.
terima kasih semua kerana sentiasa nasihat kan aku.
terima kasih kerana sentiasa bagi semangat.
semoga Allah membalas kebaikan kalian.

kadang-kadang terdetik dalam hati.
kenapa aku jadi macam ni?
tak redho kah aku dengan pemergian ayah?
tak ikhlas ke aku menerima takdir Allah?

apa itu redha sebenarnya?
jika redha tak boleh menangis ke?
tak boleh merindu ke?
benar aku lemah.
aku insan biasa yang sungguh lemah.

redha dengan ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah WAJIB hukumya.
tapi bagaimana kita nak tau yang kite betul2 redha?
aku sendiri tak pasti.
aku harap aku redha. redha yang tak hanya di mulut. tapi di hati juga.

jika ditanya pada aku, sudah pasti aku jawab aku redha.
cuma rindu dan kenangan itu tak boleh hilang.
tak aku mempersoal kan kenapa Allah ambil ayah.
kerana aku tau Allah lebih sayang kan ayah.
anak mana yang tak gembira jika Allah sayang kan ayahnya?
itulah yang aku rasa.
gembira,bersyukur kerana Allah sayangkan ayah.

cuma untuk hilang kan rindu terhadap ayah.
memang mustahil......

2 comments:

  1. come over to my place. spend more time wit ur nieces n nephew. i miss ayah too. alot. redha. simple word but not easy to deal with. al fatihah buat ayah.

    ReplyDelete