Saturday, March 10, 2012

mati itu pasti


"kite kena balik kemaman ni. pokcik mang meninggal"


tula sms yang aku dapat pagi tadi.
hati terus berdegup laju.
air mata tanpa diminta mencurah-curah jatuh.
betul, aku tak kenal pon arwah.
tak pernah berjumpa, tak pernah bertegur sapa.
tapi air mata mengalir seolah-olah arwah saudara yang dekat.

benda pertama yang keluar dari otak aku.
anak-anak dia macam mana?
kecil lagi ke dah besar?
isteri arwah macam mana?
lepas arwah meninggal ada pendapatan tak?

cepat-cepat hati berdoa semoga Allah kuat kan hati keluarga arwah.
jangan lah keluarga arwah rasa sakit macam mana aku rasa.
semoga Allah berikan hati yang jauh lebih kuat untuk keluarga arwah berbanding aku.

terus teringat pada pagi ketiadaan ayah.
kul 6.30pagi kakngah kol.
"diknor, ayah passed away"
masih segar dalam ingatan kata-kata tu.
hati bagai kan tercabut.
otak seperti tak dapat bezakan realiti atau mimpi.

air mata terus mencurah-curah jatuh.

cepat-cepat aku ambil wudhuk.
solat sunat 2 rakaat.
sedekah kan bacaan yassin untuk arwah pokcik mang dan ayah jugak.
berdoa sambil menangis.
sungguh diri ini sangat kerdil saat tadah kan tangan.
besarnya kuasa Allah.
Dia berhak mengambil sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.


إنا لله و إنا إليه راجعون
" To Allah we belong, and unto Him is our return "




No comments:

Post a Comment