Tuesday, December 18, 2012

doakan saya, boleh?

bismillah...

ini bukan perancangan aku.
ni perancangan Allah untuk aku.

dalam hati rasa sangat takut, berdebar.
tapi kenapa nak rasa macam tu?
Allah kan ada.
yakinlah.

siapkan diri dan hati dari segi mental dan fizikal.
banyakkan berdoa semoga semuanya dipermudahkan.
bersyukurlah kerana Allah dah pilih aku untuk menjadi tetamu-Nya.
walau mungkin aku sendiri tak pernah merancang untuk semua ni.

masjidil haram, masjid an-Nabawi, masjidil aqsa.
insyaAllah, akan berjumpa kita nanti.

Rasul Allah, sahabat-sahabat Rasul Allah, ayah.
aku datang ziarah nanti ye. insyaAllah.

untuk kamu-kamu yang baca entri ni.
tolong doakan aku, boleh?
hati ni masih belum kuat.
semoga dengan doa-doa kamu, semuanya dipermudahkan.

terima kasih Allah.


1 comment:

  1. Ambil peluang utk solat n doa dlm 3 masjid yg penuh berkat ni
    Tabahkan hati & ikhlaskn niat, semoga semuanya baik-baik. =)

    ReplyDelete