Sunday, September 16, 2012

6th


happy 6th birthday bebear!
thank u for stood with me through thick and thin.


cerita aku bukan macam romeo dan juliet.
bukan jugak macam uda dan dara.
jauh sekali macam cerita dongeng.

cerita aku mungkin tak menarik di mata orang.
di mata aku pon kadang-kadang tak menarik.
tapi apa guna menarik kalau kita tau apa yang kita buat tu salah?

pernah ada orang bagitau aku.
fitrah manusia tu suka kan kebaikan.
fitrah manusia tu memang senang berubah ke arah kebaikan.
fitrah manusia tu sendiri kepada Allah.
sekarang aku rasa betulnya.
cuma kita manusia ni je yang selalu nak melawan fitrah.
termasuklah aku.

Alhamdulillah.
kalau dengan cara ni Allah nak ajar aku sabar.
kalau dengan cara ni Allah nak pelihara aku dari maksiat.
aku bersyukur.
walau kadang-kadang aku tergelincir, hilang sabar.
aku cuma manusia biasa.
yang kadang-kadang hidup memang nampak dunia je.

pelihara aku ya Allah.....
amin.



p/s: looking foward for legoland. yeay!

Friday, September 14, 2012

jodoh hak Allah

bismillah...

aku senyum tengok gamba dia kawen dekat fesbuk.
dalam hati ikhlas aku ucap alhamdulillah.
dalam hati ikhlas aku doakan semoga dia bahagia.
dalam hati ikhlas aku doakan dia dan isteri sentiasa diredhai Allah.
ikhlas. sungguh aku ikhlas.

bukan aku tak terdetik nak ucap tahniah.
tapi aku taknak ganggu.
aku doa dari jauh.
doa dari kawan yg sungguh ikhlas.

tapi semalam bila dia telefon.
aku terkejut.
dia tak cakap lama.
cuma pesan aku jaga diri elok-elok.
tapi aku tau kenapa dia telefon.

jangan ditanya kenapa jodohnya bukan dengan perempuan yg dia nak.
cinta tu untuk manusia.
tapi Allah dah atur kan yg lebih baik.
terimalah. bersyukurlah.
takkan salah perlaksanaan Allah.
takkan salah walau sikit pon.

aku doakan kau dan isteri sentiasa di bawah lindungan Allah.


Monday, September 3, 2012

pesan ayah

weekend ni aku ke bandung.
jalan-jalan dengan family.
bukan nak berlagak gi bandung.
setakat bandung tu, takyah nak berlagak la.
lain la kalau pegi europe.

trip nak pegi bandung ni rase tak lengkap.
sebab ayah takde.
teringat trip pegi cambodia tahun lepas.
dengan mak,ayah, kakngah.
seronok.
kiteorang takde beli pape sangat pon.
jalan-jalan je.
ayah cakap melawat bumi Allah :')

sebelum bertolak ke cambodia.
ayah dah pesan awal-awal.
niat dalam hati untuk melawat bumi Allah.
untuk tengok macam mana kehidupan muslim kat negara lain.
ayah cakap, kalau ade duit banyak, pegi la jalan-jalan.
melawat bumi Allah.
tengok kebesaran Allah :')
sebak teringat pesanan ayah.

dekat cambodia, setiap kali keluar, ayah galas back pack.
kat sane susah nak cari makanan halal.
jadi setiap kali keluar bawak roti,biskut,air.
aku tau berat backpack tu sebab ade banyak air.
kat sane panas, ayah suruh minum banyak air.
baik sungguh ayah, sanggup galas beg berat untuk isteri dan anak-anak.

sungguh Allah dah beri aku ayah terbaik.
syukur ya Allah.

trip kali ni ayah takde.
tapi setiap pesanan ayah, aku simpan dalam hati.
simpan baik-baik :')


phom penh, cambodia. april 2011