Monday, September 3, 2012

pesan ayah

weekend ni aku ke bandung.
jalan-jalan dengan family.
bukan nak berlagak gi bandung.
setakat bandung tu, takyah nak berlagak la.
lain la kalau pegi europe.

trip nak pegi bandung ni rase tak lengkap.
sebab ayah takde.
teringat trip pegi cambodia tahun lepas.
dengan mak,ayah, kakngah.
seronok.
kiteorang takde beli pape sangat pon.
jalan-jalan je.
ayah cakap melawat bumi Allah :')

sebelum bertolak ke cambodia.
ayah dah pesan awal-awal.
niat dalam hati untuk melawat bumi Allah.
untuk tengok macam mana kehidupan muslim kat negara lain.
ayah cakap, kalau ade duit banyak, pegi la jalan-jalan.
melawat bumi Allah.
tengok kebesaran Allah :')
sebak teringat pesanan ayah.

dekat cambodia, setiap kali keluar, ayah galas back pack.
kat sane susah nak cari makanan halal.
jadi setiap kali keluar bawak roti,biskut,air.
aku tau berat backpack tu sebab ade banyak air.
kat sane panas, ayah suruh minum banyak air.
baik sungguh ayah, sanggup galas beg berat untuk isteri dan anak-anak.

sungguh Allah dah beri aku ayah terbaik.
syukur ya Allah.

trip kali ni ayah takde.
tapi setiap pesanan ayah, aku simpan dalam hati.
simpan baik-baik :')


phom penh, cambodia. april 2011

No comments:

Post a Comment