Friday, December 30, 2011

2012

selamat tahun baru 2012.
semoga ape yg jadi 2011 membuatkan kite semua lebih kuat, sabar, tenang.
semoga kite belajar dari kesilapan-kesilapan dulu.
semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita untuk 2012.
semoga kite sentiasa terpilih untuk mendapat hidayah dan keredhaan Allah.
semoga kita berjaya dunia akhirat.


azam tahun baru aku:
- jadi muslim yg lebih baik
- jadi anak yg solehah
- jadi student yang komited
- jadi kawan yg baik untuk kawan-kawan aku


untuk ayah:
nor akan jage mak. akan jage mak sebaik mungkin. semampu yg nor mampu.
nor akan sayang adik-beradik, tolong adik-beradik, bersatu dengan adik beradik.
nor akan cube usha untuk jadi anak yg lebih baik dari sehari ke sehari.
sebab Allah dah cakap, doa anak yg soleh takkan putus.
nor nak semua doa-doa nor sampai dekat ayah.
nor tau nor tak baik lagi, tp nor akan usha. nor akan belajar.
pasal phd nor, memang susah nak belajar ayah takde.
setiap kali nor nak study, nor teringat dekat ayah.
tapi syukur Allah kurniakan perasaan rindu.
sebab rindu lah nor sentiasa doakan ayah, sedekah bacaan quran untuk ayah.
nor janji nor akan belajar betul-betul.
macam yang ayah nak.
walaupon ayah tak dapat datang sekali lagi konvo nor.
ayah selalu ade dalam hati. dekat mane-mane nor pegi pon nor bawak ayah.
ayah berehat elok-elok ye.
satu hari, dengan izin Allah, kita pasti jumpa lagi.
di Jannah. insyaAllah.



Tuesday, December 6, 2011

rindu lagi....

siyes aku penat.
penat ngadap laptop.
penat baca jurnal.
penat pk nak wat ayat canggih.
ni baru proposal.
belum writing thesis lagi.

minggu depan 13hb dan 14hb aku g melaka.
ade colloqium. kene present kat sane.
depan utp, usm, utem students and lecturers.
plus, people from ministry of high education pon datang.
aku cuak sebab aku takut aku present teruk.
ni 1st time aku nak present untuk phd aku.
time-time camni mule la rindu kat ayah datang.

aku ingat lagi dulu mase nak present proposal fyp aku nangis2.
sebab aku takut aku tak boleh buat.
aku kol ayah. cakap dr. adam marah. rase takleh present.
tapi ayah cakap aku boleh.
dan akhirnya, aku memang boleh.
Alhamdulillah dapat terus buat phd dari degree.
aku sendiri tak sangka aku boleh pegi sejauh ni.

dan sekali lagi aku berdepan saat-saat macam dulu.
tapi beza kali ni ayah dah takde nak denga aku mengadu.
ayah dah xde nak bg aku kate-kate semangat.
kadang-kadang aku fikir, aku mampu tak nak habiskan phd tanpa ayah.
ayah banyak sangat bagi support time belajar.
support yang tak putus-putus.

tapi aku tau aku mesti boleh.
sebab ayah cakap aku boleh.
ayah orang 1st yang cakap aku boleh buat phd mase mule2 tau aku dapat offer phd.
ayah sentiase yakin dengan aku.
dah sampai masa aku sendiri perlu yakin dengan diri aku.
ikhlaskan hati belajar.

ayah, nor akan buat yang terbaik.
untuk ayah, untuk mak.
supaya mak ayah gembira dapat anak macam nor.
semoga dgn kesusahan sekarang, Allah berikan ganjaran yg hebat pade mase akan datang.
semoga nor dapat ganjaran syurga.
kite jumpe kat syurga ye ayah.


Saturday, November 26, 2011

1433H



"It may happen that you hate a thing which is good for you and it may happen that you love a thing which is bad for you. God knows, you know not" (2:216)



may all the changes and challenges make us stronger and unites.
i believe in Allah. He knows best for every each of us.
happy new year everyone.



Sunday, November 20, 2011

weekenders



thank u girlfriends! please please come again!

.
.
.
.
and i bought this book

semoga hati tak sedih-sedih lagi.
semoga hati makin kuat.
semoga hati sentiasa redho dgn ape yg jadi.
semoga hati sentiasa bersyukur.
semoga hati sentiasa mendapat hidayah Allah.
semoga dalam hati sentiasa ada Allah.

sesungguhnya, hati itu Allah yang pegang.
Dialah yang berkuasa atas segala-galanya.

Monday, November 14, 2011

hero


i miss us.
thank you for always being by my side.
i know its not easy to have a gf like me.
itu la.ini la. banyak songeh.
and i know i cry a lot lately.
thanks for being understanding.
to be in a long distance relationship isn't easy.
but i know we can make it. insyaAllah.
im glad we have made this far.


ayah,
nanti nor kawen ayah tak sempat tengok.tak sempat jadi wali.
ayah tak sempat nak pesan dekat nor camne nak jadi isteri yang baik, ibu yang baik.
ayah tak sempat nak pesan dekat bakal suami nor macam mane nak jadi suami yang bertanggungjawab.
ayah tak sempat nak tengok anak-anak nor.
tapi takpe, nanti nor ade anak.
nor akan cerita pasal atuk die.
nor akan cerita betapa hebatnye atuk die.
nor akan aja anak-anak nor ilmu dunia dan agama.
macam ayah ajar nor.
bile dieorang dah pandai bace al-fatihah,
nor akan mintak dieorang sedekah kan al-fatihah untuk atuk die.
semoga nor dapat suami yang baik, penyayang dan bertanggungjawab.
macam ayah.
nor sayang ayah sampai bila-bila.




Sunday, November 13, 2011

weekend with kids

bile kepala serabut dok ngadap proposal tapi idea tak kua-kua.
bile hati sedih fikir macam-macam.
bile perut lapar tapi malas nak makan sorang-sorang.
bile diri rindu sangat dekat mak ayah.
bile dah tak tau nak buat ape sebab sume bende macam tak kene.


........ni lah pengubatnye


ah love sangat!
kids are so adorable!
i love the feel when they kissed me.
when they hugged me.
when they called me, "ciknor,ciknor"

muah muahhhh!
ciknor sayang intan, ayu, maisarah!
eh iyas pon ciknor sayang walaupon tak reti nak peluk ciom ciknor lagi.
cepatla maisarah pandai panggil ciknor!


p/s: rindu dekat ayah tak pernah berhenti.

Wednesday, November 9, 2011

12 things

things i wanna do and be.

1- be a morning person (what ayah did)
2- improve my solat
3- read quran everyday
4- be patient
5- be a good student. commit and enjoy my phd (yawn.haha)
6- read a lot of book
7- settle my work on time
8- travel
9- spend quality time with family and good friends
10- appreciate people
11- perform umrah (please pray for me)
12- take care of mak.

nothing is impossible with a willing heart. and i know u have that willing heart, girl.


i hope that's me.



p/s: kakngah said, "kite kene kuat sebab kite kene jage mak". i will, for u mak.insyaAllah

Sunday, November 6, 2011

salam aidiladha


sebak hati dengar takbir.
terngiang-ngiang suara ayah bertakbir.
Aidiladha kali ni tak macam tahun-tahun sudah.
hati menangis, tapi hati perlu tabah.
anak-anak ayah kene kuat.

dekat surau, selepas sembahyang.
jiran-jiran datang peluk aku.
aku balas pelukan dengan senyuman.
Alhamdulillah sume masih lagi mendoakan kebaikan ayah.
Ya Allah, sampai kan salam rindu aku untuk ayah.

teringat mak di arafah sekarang.
semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk mak.
semoga Allah mempermudahkan urusan ibadah mak.
semoga Allah kuat kan hati mak.
anak-anak mak kat sini sentiasa doakan mak.
kami semua rindukan mak.



p/s: gembira sume adik-bradik balik berkumpul. sayang semua!


Monday, October 31, 2011

kasih ayah seluas lautan


sungguh. aku rindu.
terasa beban berat menimpa diri.
kaki kadang-kadang terasa lemah untuk berdiri.
tapi aku yakin pada Allah.
semua ni perancangan Allah yang hebat.
mati itu pasti.
itu janji Allah.
cuma waktu dan ketika nya je yg tak tau.

terima kasih Allah kerana ambil nyawa ayah dengan baik.
beri kesempatan pada ayah untuk meninggal di mekah.
beri kesempatan pada ayah untuk mengucap sebelum ditarik nyawa.
beri kesempatan pada ayah untuk disembahyangkan di tempat yang mulia, Masjidil Haram dengan beribu-ribu jemaah yang baik.
terima kasih Allah kerana memudah kan segalanya untuk ayah.

untuk kami yang masih hidup.
tentulah pemergian ayah adalah satu yang berat untuk diterima.
tapi kami redha.
kami yakin Allah tahu ape yang terbaik.
kami yakin Allah sentiase ade bersama hamba-hambaNya.
Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Mengetahui.
semoga Allah jaga hati kami.
supaya sentiasa berada di landasan yang betul.
semoga Allah kuat kan hati kami.
supaya kami menjadi mukmin yang tabah.

kasihnya pada ayah takkan pernah pudar.
ayah sentiase di hati.
pesanan ayah sentiasa diingat. insyaAllah.
perkara-perkara baik yg ayah ajar, akan sentiasa diamal. insyaAllah.

Ya Allah Ya Rabbi.
sesungguhnya Kau telah pinjam kan ayah yang baik untuk ku.
terima kasih Ya Allah.
walaupon belum puas merasa kasih sayang ayah.
sekurang-kurangnya masih juga sempat merasa.
indah sungguh kasih ayah, Ya Allah.

tugas ayah di dunia telah selesai.
tugas aku sebagai anak perlu diteruskan.
doa anak yang soleh takkan putus. itu janji Allah.

Ya Allah Ya Rabbi.
Kau tempat kan lah ayahku di kalangan orang-orang yang beriman.
Kau mudahkan lah hisabnya.
Kau luaskan lah kuburnya.
berilah cahaya di dalam kuburnya, Ya Allah.
Kau terimalah segala amalan solehnya.
maafkanlah ayah jika ada kesilapannya di dunia.
amin rabbal alamin.

Friday, October 14, 2011

anugerah terindah


semoga hari ni dapat tebus balik ape yang jadi 6 tahun lepas.
semoga hari ni mak ayah berasa bangga dengan anaknya ni.
semoga hari ni mak ayah dapat tersenyum puas.
semoga hari ni aku dah tak rasa bersalah lagi.
semoga hari ni aku dah tak menyesal lagi.

yang paling penting.
semoga hari ni aku dapat gembirakan mak ayah.
sungguh aku janji dengan diri ni takkan buat mak ayah kecewa dan sedih lagi.
walau mak ayah tak datang tengok anak ni.
aku tau doa mereka tak kan putus untuk aku.
terima kasih mak ayah untuk support dan doa yang tak penah henti.



p/s: terima kasih Allah kurniakan ibubapa yang terbaik.

Thursday, October 13, 2011

omong kosong


lelaki.
mudahnya jatuh cinta.
mudahnya jugak melupakan bila sudah ada pengganti.

dah lumrah.

Sunday, October 2, 2011

melawan kesepian

be happy. even when you're alone.




sebab sebenarnye kau tak pernah sorang. Allah is watching you 24/7.
ingat, mahfuzah.
song mode: melawan kesepian by siti nurhaliza



p/s: dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang.tq amin for the reminder.

Wednesday, September 28, 2011

new lair

#1 work place. #2 mind your time people!. #3 bed tray a.k.a meja laptop.love it!


#1 dr.mahfuzah to-be. #2 cute vespa. #3 room slippers. #4 artificial daisies with pic of mak


the doctor of philosophy gonna be. insyaAllah




p/s: semoga Allah berikan aku hati yang kuat untuk semua ini.

Monday, September 26, 2011

hati ini

mohon pada Tuhan agar kuat kan hati ini.
mohon pada Tuhan agar menjaga hati ini.
mohon pada Tuhan agar permudahkanlah segala urusan ku di sini.
mohon pada Tuhan agar hati ini tidak menjadi riak, hati ini sentiasa merendah diri.
kerna aku tahu sebaik-baik penolong adalah Tuhan Yang Esa.

aku juga mohon pada Tuhan agar ape yang telah terjadi adalah yang terbaik bagi diriku.
ape yang telah terjadi akan mengajar aku untuk menjadi lebih kuat pada masa hadapan.
ape yang terjadi adalah terbaik untuk dia dan semua.
sesungguhnya aku redha dengan keadaan sekarang walau hati pedih.
kerna aku percaya ini jalan terbaik Tuhan untuk aku.

aku doakan supaya aku,dia dan semua sentiasa dalan keadaan baik-baik dan gembira.
semoga niat aku ke sini tidak terpesong.
aku juga tak mahu bermain dengan jiwa.



p/s: baca Al-Quran adalah cara yang paling mudah dan baik untuk tenangkan jiwa.

Sunday, September 25, 2011

random

laki dan perempuan memang tak boleh berkawan baik.
full stop.




p/s: perempuan memang salu emo.walaupon tak datang bulan.

Monday, September 19, 2011

5th


5th anniversary.
still in love. Alhamdulillah.
a successful relationship requires falling in luv many times, always with the same person.
i hope that's us =)

Saturday, September 10, 2011

give thanks to Allah

Alhamdulillah.Praise to Allah.
i never thought i'll go this far.
orang cakap semua ni sebab usha aku dulu.
tapi aku percaya, ini rezeki dari Allah.

mulanya, jiwa rasa goyah. hati tak yakin.
tapi selepas istikharah, terbuka pintu hati.
ditambah dengan sokongan keluarga.
mak ayah buat solat hajat di surau tadi.
terima kasih mak ayah.

aku harap jalan ini yang terbaik untuk dunia dan akhirat.
semoga ia terbaik untuk agama, keluarga dan diri aku.
semoga Allah sentiasa permudahkan jalan aku.
wan cakap, aku mesti berjaya tapi jangan tinggal solat.
doa setiap kali lepas solat.
Allah Maha Pemurah. Dia akan tunaikan hajat hamba-Nya.
yang penting, ikhlas kerana Allah.




Friday, August 26, 2011

an insightful dua


Allah yang Maha Pemurah.. terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat yang indah yang boleh kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama,
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu,
Aku datang bersujud di hadapan-Mu,
Sucikan hatiku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya,
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku,
Gantikan damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah agar aku dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, Ya Allah..
Tolonglah satukan hati kami,
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerimanya seutuhnya,
Berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu

Allah yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bagian hidupku,
Ya Allah..
Amin..

Tuesday, August 23, 2011

i-muslim's iftar

so far my working experience wasn't so bad.
not so relax.not so stress.
yang sedang-sedang aja.

dua hari lepas, iftar dengan rakan-rakan sekerja dan bos.
dekat paradise deluxe.
after all the dramas yadda yadda, dapatla jugak berkumpul semua.
so here's some pics for memory since i pon dah nak berhenti kann?

thai food.

faces of i-muslim

lady boss

berdiskusi nak majukan bisnes.wah!

thank you kak wan for the treat =).



p/s: just tinggal few days.ramadhan bakal tinggal kan kite.sedeh =(

Thursday, August 18, 2011

...



dear you.
do u still remember this song?
the first song u sang to me.
when i was in matric.
almost five years ago.
that was a sweet moment for me.

dear you.
sometimes i feel alone.
sometimes i feel insecure.
sometimes i feel unprotected.
sometimes i feel confused.
sometimes i just wish u can be right beside me,hold my hand and say everything's gonna be ok.

dear you.
i don't mean to be ungrateful.
but i always hope you can do more to me than u did.
i always dream a perfect relationship.
i know there's no such a perfect relationship in this world.
but i hope you can love me perfectly.

dear you.
i always sad to know the fact you hardly find me when im not around.
i tried to be positive.
but i can't.it hurts.
sometimes i don't know whether the problem is you or am i asking too much from you?
i just want to feel happy. i just want to feel loved. i just want to feel to be missed.


if i lay here.if i just lay here.
would you lie with me and just forget the world?

make-up


im not a make-up person.
makeup for me is compact powder, lip ice and eyeliner.
some people look good in makeup.
some people not.
to be honest, i want to look good in both. with or without makeup.

bukan aku nak cakap aku dah cantik sebab tu tak pakai makeup.
oh tidak.tidak.tidak.
aku tak punya flawless,toner and firm skin.
aku ade dark circles under eyes (which i hate most).
but do u know. 9 out of 10 person ade dark circles.
surprise?don't be. pegi tengok cermin sekarang cek bawah mate!
kalau kamu takde, u are lucky. and i envy u!

sebab aku tak pakai makeup.
1- sebab susah nak solat.bile jalan-jalan nak solat, kne remove makeup lepas tu nak kene pakai balik.buang mase.aku biase pakai eyeliner when im on the month.
2- kos tinggi. nak kne bli foundation,concealer,blusher,eyeshadow,lipgloss,lipliner,ape lagi aku tak tahu. aku memang tak mampu.nak beli compact powder pon berkire.
3- amek mase lame untuk bersiap.kang kesian pulak kat buah hati,kawan-kawan aku kene tunggu aku makeup lame nak keluar g minum kat kedai mamak.

tapi aku memang tak nafi lah memang cantik orang pakai makeup ni.
aku suke natural looking makeup.
walaupon aku tak makeup tapi aku memang salu tengok tutorial makeup kat utube.
memang different jugak before and after makeup.
cantik.aku suke.


mintak-mintak lepas aku makeup jadi cantik camni. untunglah kau yusry!

Thursday, June 23, 2011

malas tapi harus

new baby.

this is my first step to a healthier and more fit body.
so, congratulations to me!
i admit AKU SANGAT MALAS EXERCISE.
im not fat. and i don't plan to lose anymore weight.
but i want to stay health.and that's why i think exercise is important.
i have to do it even i hate it.

so, i chose this skip rope.
it looks easy and fun.
i can skip in my own space and time.
skipping is one of the best cardiovascular exercises around.
it works the most important muscle in your body- your heart.
but should be combine with the right food choices.

some say that it takes 28 days to create a habit.
i want this to be my habit. hopefully.
give me 28 days!

Sunday, June 19, 2011

show love to ayah

what is a father's day means to u?
for me, its a day we show our love to our ayah, daddy, papa or whatever u call ur father.
yes, its true we love our father everyday.
but how many times in a year u told ur father that u love him?that u adore him?that u wanna a husband like him?how u respect him?
once?twice? or maybe none?

so people, lets take this opportunity to say to ur father how they are mean to u.
this is how i show my love to ayah this year =)

a card. on behalf of along, kakngah, kaklang and kakbaby.

donashi. cute little donuts.nak makan pon tak sampai hati.tsk =_=

himpunan hadith-hadith soheh =)



selamat hari ayah!
i love u so much ayah.
i really can't imagine live without u.
i know i can always count on u. anytime and anywhere.
thank u for being the best ayah.
sorry for all my wrong doing.


father's love is a strong brick wall. lean on it, and u'll never fall.









Wednesday, June 15, 2011

transformasi minda dengan membaca

minggu lepas kedai aku ade bukak booth dekat terengganu trade center (ttc) sempena dengan pesta buku.
from 9th-15th june 2011.
dengan kata lain minggu lepas aku memang busy kalah ketua kampung.
it was good. sales wasn't so bad.
dapat new experience.new friends.new book.and money.hehe.
happy but exhausted.

im not an exhibitor actually. im a promoter and a seller. tapi dah die bagi yang ni. pakai jela.


the booth: i-muslim

so people, meet my team.hehe

ani (left) and tini (right)

and this is mira.

till then.babai!

Friday, June 10, 2011

setelah menyepi.

hello loves!


dah lame aku tak update blog ni.
dulu mase mule-mule ade blog.
konon nak update semua esp. yang kenangan-kenangan manis tu.
pegi jalan-jalan ngan family, kawan-kawan.
sebab nanti aku dah tua aku boleh baca balik blog ni.
tunjuk dekat cucu-cucu aku betapa cool nya nenek dieorang zaman muda remaja dulu.
untuk remind diri sendiri betapa bertuahnya diri ni sebab ade family dan kawan yang baik.
tapi sume tu janji tinggal janji.
banyak gile aku nak cite tapi aku tak tulis.
dah agak dah.
aku memang hangat-hangat taik ayam.
perghh loser gile!

tapi takpe, nanti aku ade mase, aku update balik blog.
family vacation pegi cambodia,langkawi.
weekend dengan teman-teman.
working life aku.
walaupon takde yang nak bace blog aku, takpe.
tu tak penting.
sebab aku tulis blog memang untuk diri sendiri.

oh btw, im working today.
and today is SATURDAY!
cari duit lebih bai.
nak dekat-dekat raya ni kene cari duit lebih nak beli baju raya.


kata-kata motivasi untuk hari ni. happy working!





Tuesday, May 24, 2011

selamat hari jadi mak.

hari ni 24th may 2011.
maka hari ni genaplah sudah umur bonda terchenta 58 tahun.

semalam aku tengok muka mak.
nampak bersih dengan telekung sembahyang.
aku perhatikan satu-satu.
nampak kedut-kedut kat bahagian mata.
terdetik dalam hati, berapa lama lagi mak akan hidup atas bumi Allah ni.
sayu.hati jadi sayu.
lagi sayu bile pikir sempat ke tak aku berbakti untuk mak.
balas semua jasa mak yang memang sampai aku mati pon takkan terbalas.
mak.besar pengorbanannya untuk aku.
aku tahu.aku sedar.tapi kadang-kadang aku tetap ingkar kata-kata mak.
harap mak maafkan semua dosa-dosa aku.

mak, walaupun mak tak bace blog ni.
tapi nor nak bagitau.
yang nor sayang mak sangat-sangat.
nor akan berusaha jadi anak yang baik.
nor ingat lagi ustaz cakap, rugilah seseorang tu kalau die tak berbakti untuk ibubapa selagi ibubapa hidup di dunia.
nor taknak jadi orang yang rugi.

selamat hari lahir mak.
sayang mak sangat-sangat. sampai bila-bila.

with love.

Tuesday, May 10, 2011

kerjalalala

im a worker now.
ape?worker?
yes darlings, im working now.
keje cikai-cikai je, tak payah mintak aku belanje.

aku keje jage kedai je.
ala-ala promoter la jugak.
ni 1st time aku keje sejak aku hidup nak masuk 23 tahun ni.
pencapaian yang tak patut dibanggakan dalam hidup.
btw, korang ingat senang ke nak jadi promoter?
ingat senang ke nak yakinkan orang suruh beli produk?
aku dahla jenis yang tak berapa peramah.
memang fail.

kat kedai aku jual macam-macam produk. (eh bile pulak aku ade kedai?)
tapi more to healthy body, mind and soul.
most of it produk-produk keluaran muslim.
tapi banyak jugak produk pencuci muke, slimming.
produk-produk kecantikan sangat laku ok.
orang sanggup habes beratus-ratus semata-mata nak kulit cantik dan kurus.

bagi aku bukan senang jugak keje ni.
banyak kot produk. sume kene ingat khasiat, care pakai, harga, macam-macam lagi.
kene pulak customer yang banyak tanye, memang best lah!

antara situasi-situasi yang aku cuak dekat kedai:

situasi 1:
customer: macam mana ye nak pakai sabun ni? berkesan ke?
aku: pakai 2 kali sari.sabun ni memang elok.banyak dah orang amek.feedback dieorang pon semua puas hati.insyaAllah berkesan.
customer: oh.adik pakai sabun ni la ek muke takde jerawat?
aku: eh, tak.saya memang jenis tak pakai ape-ape.
customer: kalai adik pakai ni, mesti adik lagi cantik.
*eh akak ni.aku promot die ke die promot aku?

situasi 2:
customer: kak, krim kunyit tia amelia ade tak?
aku: ade. nah.
customer: akak pakai ape ek kat muke akak?
aku: tak pakai pape.
customer: yela tu tak pakai pape.taknak bagitau la tu.
kawan customer: nak buat macam mane, die dah semulajadi cantik (nada menyindir)
*ek-eleh minah ni.ingat aku tipu pulak.siap nak sindir-sindir pe hal.memang nak makan penampar

situasi 3:
customer: dik, 2be model ni berapa ek?
aku: rm35, tapi kalau akak nak, boleh la rm33.
customer: takleh kurang lagi ke?
aku: rm30 la paling murah saya leh bagi kak
customer: ala, akak beli kat kedai lain rm23 je.
aku: yeke?saya tak tau la kak.bos pesan macam ni je.saya pekerja je, tak berani nak letak-letak harga.
customer: tepon la bos awak.cakap akak nak rm25
aku: (kol bos).........
bos: rm29 paling murah.rm23 modal pon tak lepas.
aku: kak, bos cakap rm29 je boleh bagi.
customer: erm, taknak la akak.kalau rm25 akak dah amek dah.
*ala akak ni, nak kurus, tapi kemain berkire!

nak jadi promoter, communication skill memang kene tip-top.
kalau tak, memang customer yang main-main kan aku.
tapi macam tu je yg jadi skang.
cet!

Wednesday, April 27, 2011

pewaris atau pewangi?

ready to be famous?
ready to feel beautiful and sexy?
ready to be heir to one of the hottest and most controversy celebrity?
ready to smell good?

this is the answer:

heir-ess by paris hilton

heir is pewaris.
heiress is pewangi.
so either u wanna be heir of paris hilton or u want to smell just like paris hilton?
u choose.




p/s: thank you,friend. for this.

Friday, April 22, 2011

purse


"a purse is a small bag used by women to carry everyday personal items"

tu definition purse aku jumpe bile google.
oleh hal yang demikian, tidak syak lagi bahawa purse ni merupakan satu kelengkapan wanita yang penting.
disebabkan aku seorang wanita asli, purse merupakan keperluan penting bagi aku.

korang tahu tak ape beza beg dengan purse?
ok besides the size, what else?
bagi aku, kalau beg, perempuan kene ade banyak.
hari ahad pakai beg lain, isnin beg lain, selasa beg lain dan begitulah seterusya.
untuk wanita, beg dieorang takkan penah cukup.
tapi purse, biasenya mereka ada satu je. ahad sampai sabtu, tulah satu-satunya purse yang die gune.

hari ni aku dapat purse baru *happy gilos*.
sebenarnye purse aku pakai dulu pon orang bagi.
yang baru ni pon orang bagi.
due-due purse aku suke dan due-due orang yang bagi ni aku sayang.
terima kasih kepada pemberi-pemberi purse.
i appreciate it more than u think.

terima kasih sebab dah berjasa hampir 5 tahun. i'll keep u safe ok.don't worry =)


hello new purse. welcome to my life.




Wednesday, April 20, 2011

hari-hari terakhir praktikal

disebabkan aku dah nak abes praktikal, orang2 ofis buat farewell party untuk aku.
terharu sangat time denga dieorang plan semalam.
terase diriku amat beharga T_T.

the menu is nasi kuning, satar,otak-otak, puding, spageti, buah-buahan.
spageti and puding sponsored by me (erk act. sume pakai duit ayah).

food and drinks


puding made by me. looks yummy?no?


jemput makan semua =)


oh also got sijil tamat praktikal. and presents!awww double terharu ok!

sedar tak sedar, almost 4 months im here.
doing my internship program.
even tak pegi intern jauh-jauh, tak pegi oversea, intern takde elaun.
but im so happy. people here are so nice. dapat duduk dekat rumah. every morning sebelum pegi keje dapat salam ciom mak ayah. thari pon boleh balik.
dulu aku memang dok kalut nak pergi intern jauh-jauh.
tapi ayah suruh dok teganu ni je.
and guess what? aku sikit pon tak menyesal.
mak ayah always know what's best for me.

thanks to people who involved in my practical training.
i learned a lot.
till we meet again, mbkt.

Friday, April 15, 2011

untitle


ku bukan milik mu
dan engkau pon tahu




lebih baik lepas kan saja.....

Tuesday, April 5, 2011

secondhand smoke

now lets talk about secondhand smoke.
im sure u guys are pretty familiar with that.
for those who don't, let me explain to u first.
this is very important. like seriously.
so please continue read this even u don't feel to drop any comment =).

secondhand smoke comes from both the smoke that smokers exhale (called mainstream smoke) and the smoke floating from the end of the cigarette, cigar, or pipe (called sidestream smoke).
it may seem pretty harmless, but secondhand smoke actually contains thousands of chemicals — from arsenic and ammonia to hydrogen cyanide.
high concentrations of many of these chemicals are found in secondhand smoke.
in fact, secondhand smoke significantly increases a person's risk for:
  • respiratory infections (like bronchitis and pneumonia)
  • asthma (secondhand smoke is a risk factor for the development of asthma and can trigger attacks in those who already have it)
  • coughing, sore throats, sniffling, and sneezing
  • cancer
  • heart disease
so people, please take this seriously.
being a secondhand smoke is really dangerous.
for smokers, please take ur smoke breaks outside.
smoke away from people especially kids and anyone who's pregnant.
please feel some responsibilities to others who don't smoke.
we don't want to be in danger because of u, smokers.



T_T




p/s: im a secondhand smoker.like everyday.omg i don't want to die young!

Wednesday, March 30, 2011

learn,even in a hard way.


i am not perfect.
never have been and probably never will be.i don't see the mistake until it hits me on my face.i'll feel bad about it because that's just who
i am.but it makes me stronger knowing what i did wrong and knowing i can do better next time.i'll say things i don't mean.do things i'll regret.
but that's how i learn.




im gonna make things right in my life.i swear.

Monday, March 28, 2011

perkara-perkara common yg terjadi di fb

semua orang ade fesbuk.
budak umo 7 tahun, pakcik umo 60 tahun, remaja apatah lagi.
memang fesbuk ni fonemena.tidak dinafikan.

tapi aku dok perhati laani ni, ramai buat facebook tu macam diary hidup depa.
nak mandi habaq, nak makan habaq, nak tido habaq.
semua gerak-geri nak habaq maii eh.
satu hari update status sampai 10 kali.
hebat betoi depa ni.

ni aku list perkara-perkara yang orang suka buat yg tak patut dieorang buat.

1. upload gamba terlampau dengan marka.
eh eh aku bukan jeles korang ade bf/gf. tapi aku rase kalau gamba peluk-peluk, laga-laga pipi tu tak payah la nak upload jugak.aku bukan ape, aku kalau tengok bende-bende camtu laju je mulut nak bercakap. aku yakin orang lain pon same. tak pasal-pasal aku pon dosa sama.korang simpan jela dalam laptop korang gamba yang terlampau korang tu.biarlah rahsia korang berdua je. tak perlu expose dekat public. kite bukan artis hollywood T_T

2. bila gaduh ngan bf/gf terus status tuka 'single'. 8minit kemudian 'in a relationship' balik
gaduh-gaduh memang dah asam garam kehidupan. sedangkan lidah lagi tergigit.ceycey.pandai la plak aku kan. bile gaduh tak perlu nak tunjuk kat public gaduh. cerita je kat teman rapat anda. ape gune bff korang yg korang dok gebang tu kalau jadi listener pon tak mampu.

3. gamba nak separuh bogel
yang suka dok tayang-tayang gamba hot depa ni pon masalah jugak.dalam real life takdakla depa pakai singlet, pakai boxer p jalan.tapi dalam facebook mak aii.habes gugur iman lelaki-lelaki.

4. berkasih-sayang dekat wall bf/gf
dekat news feed penuh keluar i miss u i luv u.haih korang ade hp kan.canggih2 plak tu hp masing-masing.dekat hp dah ler.kalau kadang-kadang post macam tu, aku pon rase macam sweet.tapi kalau sari 10kali, naik menyampah la pulak.


aku tau, korang punye acc. fb, korang punye suke la kan.
tapi kite kene la jage name baik diri kite sendiri jugak.
tak perlu buka pekung di dada.
kite perlu hormat orang lain jugak.
jangan sebab name die social network, kite bebas bersosial.
perlu ingat, setiap perkara ade batasannye.

ini bukan tuju untuk sape-sape.
yang tukang tulis ni pon same dengan je.
bukan bagus sangat.
untuk peringatan diri sendiri jugak.
jangan dok butthurt pulak.
peace!





p/s: tapi kalau semua orang behave ber-fb, xde bhn gossip la plak.


Wednesday, March 16, 2011

pompuan bile bawak kete...

orang pompuan kalau bawak kete main bawak je.
nak cek air, minyak hitam, angin tayar.
memang jarang sangat la.
bukan semua tapi kebanyakkannya (include me).

hari tu sang kancil tayar pancit.
gelabah la.
mane reti nak tuka tyre.
cek lam bonet ade tyre spare.
tapi nak tuka haram tak reti.


ni la tayar kete sang kancil yang pancit



here's come hero to rescue kancil!



kesian pakai hensem-hensem kene tuka tyre


moral of the story.
pompuan memang kene blaja bende-bende basic pasal kete.
tuka tyre, cek angin, cek air, cek minyak hitam, cek air wiper.
nanti bile jadi pape tgh jalan takde orang nk tolong takdela panik.
haih tapi nak buat macam mane kan.
pompuan memang lumrah bawak kete untuk shopping pakai cantik-cantik je.

Tuesday, March 15, 2011

the travelers

weekend lepas best gile gile gile!
at first, just plan nak pegi wedding kak sya.
lepas tu banyak plak hal yang jadi.
dan crew yang terlibat mestila orang-orang kesayanganku.
mimie,ida,ruby,dira,suraya,bee.

malas nak cakap banyak sebab best gile tak tau nak express camne dengan ayat.
tapi sori la korang, kancil buat hal 2 kali pancit.
menyusahkan kalian semua saja.


dekat wedding k.sya



selamat hari raya dari kami perantau



lepas makan kenduri, malam makan pizza.baru balance.siang melayu, mlm omputih


babai lomya.muah muahh!


malam masih muda. teluk cempedak luhh.


arrived kemaman. pegi wedding pakcik suraya pulak


muka terkandas sebab tayar pancit. tapi muke tak risau langsung terkandas!



lepas anta kancil kt workshop sebab nak tuka taya, lepak umah buba smntra tggu kancil siap. abg buba kawen. buba memang tak beragak, muke die je dh nak penuh gamba


finally, safely arrived k.tganu. alhamdulillah. tapi ruby dah nak balik micet.
babai chesu. muahhh muahhhh!


tinggal la kami bertiga sahaja. kami pemain boling handal.


turn mimie pulak balik. bai ngoh.muahh muahhh! (malas nk rotate pic, abaikan)


ni last person yang balik. baru balik pagi tadi. bai ida. muaahhh muahhh!


ni la journey kiteorang.
walau dah jauh from each other.
tapi i know, this is never ending friendship.
thanx for the superb weekend girlfriendsss!



p/s: dah stat rindu dah....