Wednesday, December 19, 2012

broga hill

fisrt time broga. in 2010. 2nd peek only.
bluekkk!


2nd time broga. in 2012. final peek.
yeayyyyy!


mandi-manda di sungai tekala lepas busuk-busuk panjat broga

*
*
*
*
*
and........
this is my favourite picture.
=')

it's a great feeling to perform the Subuh prayer on broga.
the freshness of the air, the cold of the ground surface, the silence.
thank u Allah =')



Tuesday, December 18, 2012

doakan saya, boleh?

bismillah...

ini bukan perancangan aku.
ni perancangan Allah untuk aku.

dalam hati rasa sangat takut, berdebar.
tapi kenapa nak rasa macam tu?
Allah kan ada.
yakinlah.

siapkan diri dan hati dari segi mental dan fizikal.
banyakkan berdoa semoga semuanya dipermudahkan.
bersyukurlah kerana Allah dah pilih aku untuk menjadi tetamu-Nya.
walau mungkin aku sendiri tak pernah merancang untuk semua ni.

masjidil haram, masjid an-Nabawi, masjidil aqsa.
insyaAllah, akan berjumpa kita nanti.

Rasul Allah, sahabat-sahabat Rasul Allah, ayah.
aku datang ziarah nanti ye. insyaAllah.

untuk kamu-kamu yang baca entri ni.
tolong doakan aku, boleh?
hati ni masih belum kuat.
semoga dengan doa-doa kamu, semuanya dipermudahkan.

terima kasih Allah.


Sunday, November 25, 2012

=)


all the way fly from london, united kingdom.


ini yang paling special. got my name at the back.
and oh, my favourite number!


thank u for these presents.
i love each of them =)


p/s: im not a fan of any football team. but i love that gunners' jersey so much.

Tuesday, November 20, 2012

isu palestin isu kita semua.

assalamualaikum.

sekarang ni kat mane-mane orang dok sibuk cakap pasal isu palestin-israel.
seperti ramai yang dah tahu, israel sekarang dok serang-serang palestin, atau lebih spesifik, GAZA!

dan aku bukanlah orang yang banyak ilmunya tentang isu ni.
aku pon bukanlah orang yang banyak ilmunya tentang sejarah-sejarah palestin.
dan ni bukan pertama kali palestin diserang.
aku ingat lagi waktu aku degree dulu, dah pernah jadi perang macam ni.
dan sini sana dok cakap pasal boikot.
dan aku adalah salah seorang yang cetek pengetahuan, yang hanya ikut orang.
orang cakap boikot, aku pon boikotlah.
tapi boikot aku tu tak lama.

awal muharram baru ni, masa kita senang-lenang diberikan cuti untuk menyambut tahun baru.
israel  dengan kejam sekali lagi melakukan perang dengan gaza.
bom-bom dari langit macam hujan yang turun.
mangsanya termasuklah kanak-kanak. Allah!

aku terdetik untuk membaca pasal palestine ni.
aku google sejarah-sejarah palestine ini.
aku baca bagaimana saidina umar al-khattab membuka palestine dengan pakaian yang serba sederhana, tanpa ditemani hulubalang.
bagaima salahuddin al-ayubi membebaskan baitulmaqdis dari cengkaman tentera salib.
bagaimana orang-orang yahudi mahukan negara untuk mereka walaupon pihak british pernah menawarkan negara uganda kepada mereka untuk dijadikan negara, mereka menolak. mereka tetap mahukan tanah palestin.
aku tengok peta palestin yang semakin lama semakin kecil, israel telah takluk.
ya Allah, lambat betul aku sedar semua ni.

sayu hati tengok gambar penduduk palestin yang jadi mangsa israel.
mereka mempertahankan palestin dengan nyawa dieorang.
syurga balasan kalian.
padahal tanah palestin tu bukan untuk rakyat palestin.
tanah palestin untuk umat islam.
tapi apa sumbangan kita untuk mereka?
mereka mempertaruhkan nyawa untuk hak kita.

bila baca semua ni.
terdetik dalam hati aku.
kenapa Allah jadikan semua ni.
kenapa Allah biarkan israel senang-senang bom sana-sini.
padahal kalau Allah nk hapuskan israel, sekelip mata je.
ape sebenarnya Allah nak tunjuk dekat kita?
apa sebenarnya Allah nak ajar kita?
apa sebenarnya Allah nak kita buat?
aku tanya soklan-soklan ni dekat diri aku.
ya Allah, takutnyaaaa....
takut msg yg Allah nak sampaikan, tak sampai dekat aku.
takut apa yg sepatutnya aku kena buat aku tak buat.

aku tau tak banyak yg aku boleh buat.
nak pergi sane berperang sama?
memang aku tak mampu.
aku hanya mampu berdoa, baca qunut nazilah.
dan boikot.
dan kali ni aku harap aku nak boikot sebab aku ingin bantu saudara-saudaraku di sana.
betul kan niat buat semua lillahitaala.
bukan sebab ikut orang.

semoga Allah mempermudahkan segalanya.


p/s: ya Allah, tak sabar nak tunaikan umrah. tak sabar lepas umrah nak melawat palestin, masjidil aqsa. permudahkan jalan untukku ya Allah. permudahkan lah ya Allah. terima lah aku menjadi tetamu Mu ya Allah.amin....

Sunday, November 11, 2012

kenduri sini sana

weekend lepas weekend kenduri.
jom tengok gamba kawan-kawan aku yang cantik-cantik ni.

hari sabtu.
tunang meya, kawan matrik aku.
congrats meya!




hari ahad.
kenduri kawen chemas, kawan sekolah aku.
congrats chemas!


alhamdulillah dua-dua majlis berjalan lancar.
aku doakan dua-dua kawan aku ni bahagia dengan pasangan masing-masing.
dunia akhirat. insyaAllah.

im happy for both of u =)


p/s: soklan biase orang tanye, kau bile lagi? 
      bile? macam mana nak tahu? kan jodoh tu rahsia Allah =). aku percaya bila sampai 
      masa yang sepatutnya, Allah akan bagi. insyaAllah. Allah dah aturkan yang terbaik. doakan!


Saturday, November 3, 2012

bergantung.


bismillah...

aku baru lepas baca entri farah lee.
'kebergantungan'.

soalannya, apa hikmah Allah hilangkan orang yang kita sayang dari kita?

jawapannya, hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk metakkan kebergantungan hanya kepada Allah.


itu yang ditulis farah lee.
betul, memang betul.
kte ni memang banyak sangat bergantung dekat manusia.
contohnya aku.
bila kehilangan ayah, terasa betul hilang tempat gantung.
dulu ayah yang bagi semangat belajar.
bila mana nak exam, ayah akan bagi kata-kata semangat.
ayah akan buat solat hajat.
bila mana tak ada duit, ayah la tempat aku bagitau takde duit.
ayah cepat-cepat akan masukkan duit.
ayah tak penah masuk lambat-lambat bila aku cakap takde duit.
tak penah lebih sehari.
bila mana aku dapat result.
ayah orang pertama aku akan bagitau.
kalau bagus, ayah akan belanja makan atau bagi ape-ape reward.
kalau tak bagus, kata-kata semangat ayah akan mengiringi.
dulu nak pegi mana-mana, aku cakap kat ayah.
minta izin ayah.
walau ayah jarang sangat tak bagi, aku tetap minta izin.
kalau nak cerita pasal ayah, memang banyak sangat.

sebab tu bila ayah takde, ya Allah, hati aku ni rasa tiba-tiba macam kecil sangat.
sedihnya hati aku memang tak dapat dicerita.
sampai pernah aku tak pegi kelas sebab aku asyik nangis rindukan ayah.
selalu sebelum aku tido, aku doa mimpikan ayah.

tapi Allah tu Maha Pengasih, Maha Penyayang.
takkan dibiar kan hambaNya macam tu.
sikit demi sikit, aku mula ikhlas terima takdir. aku mula redha.
bila kita mula ikhlas,bersyukur dan redha, hati kita makin lapang.
Allah ambil ayah sebab Allah nak aku tau yang hanya pada Dia sepatutnya tempat bergantung aku.
bukan ayah,bukan juga manusia lain.
Allah nak didik hati aku, sebab aku banyak lalai.
Yang Maha Pemberi itu Dia, Yang Maha Mendengar itu Dia.

Allah takkan pernah hilang.
dan tempat bergantung kita takkan pernah kurang.

Thursday, November 1, 2012

go beyond.




u only live once.
make it count.
start now.
go.
beyond.


thank u. thank u. thank u.
love, diknor.



Friday, October 19, 2012

iyas setahun

happy birthday iyas.
dah setahun dh iyas.
dah setahun jugak atuk pergi iyas.

ciknor dari bangun pagi lagi dah rasa sdeh.
ciknor pegi fak, tapi kat fak blackout.
jadi ciknor takleh wat keje.
ciknor tau kalau ciknor dok termenung je mesti ciknor sedeh.

jadi ciknor pon decide nak klua.
cari adiah iyas!

ape ade kat dalam takleh tunjuk. takut mama iyas baca. mama iyas ni busy body sket.
kihkih.



dah setahun dah iyas. udah2 ler tu isap jari.

ciknor sayang iyas!


p/s: tapi balik jalan-jalan, ciknor tetap tengok gambar atuk :(



Wednesday, October 17, 2012

setahun

esok,
cukup lah setaun ayah pegi tinggal kan kami.
rindu kami Allah saja yang tahu.

setaun tanpa ayah, banyak benda berubah.
i noticed, lepas ayah takde, im more to family.
selalu fikir pasal mak, adik-beradik.
some people say, im strong.
im not strong. i cried a lot.
but being strong is the only option that i have.
terima kasih Allah for provide this strong heart even kadang-kadang lembik jugak.
whatever the changes are, may all the changes make us closer to Allah and be better.

kadang-kadang memang terdetik dalam hati.
mintak ayah balik kejap.
rindu ayah sangat.
aku ingat last sekali aku mimpi ayah, masa dekat rumah kaklang.
aku jalan-jalan dengan ayah.
ayah macam biasa pimpim tangan aku :')
bahagia.

mimpi first aku lepas ayah meninggal, 2 ari lepas ayah meninggal.
aku peluk ayah sambil nangis2 cakap ayah jangan pegi.
tapi ayah cakap, ayah kene pegi.
dah sampai masa ayah.
betul ayah, dah sampai masa ayah.
mati tu pasti. itu janji Allah untuk kita semua.
bersyukur sebab Allah ambik ayah dengan cara yang baik.

ayah baik.
semoga Allah bagi balasan yang baik-baik untuk ayah.
jaga ayah baik-baik ya Allah.

nor sayang ayah. dunia akhirat. kerana Allah.

Saturday, October 6, 2012

ruby's g-day


as we go on, we remember.
all the times we had together.
and our life change comes whatever.
we will still be friends forever.

ah, epic! haha.


congrats chesu! much love!

Sunday, September 16, 2012

6th


happy 6th birthday bebear!
thank u for stood with me through thick and thin.


cerita aku bukan macam romeo dan juliet.
bukan jugak macam uda dan dara.
jauh sekali macam cerita dongeng.

cerita aku mungkin tak menarik di mata orang.
di mata aku pon kadang-kadang tak menarik.
tapi apa guna menarik kalau kita tau apa yang kita buat tu salah?

pernah ada orang bagitau aku.
fitrah manusia tu suka kan kebaikan.
fitrah manusia tu memang senang berubah ke arah kebaikan.
fitrah manusia tu sendiri kepada Allah.
sekarang aku rasa betulnya.
cuma kita manusia ni je yang selalu nak melawan fitrah.
termasuklah aku.

Alhamdulillah.
kalau dengan cara ni Allah nak ajar aku sabar.
kalau dengan cara ni Allah nak pelihara aku dari maksiat.
aku bersyukur.
walau kadang-kadang aku tergelincir, hilang sabar.
aku cuma manusia biasa.
yang kadang-kadang hidup memang nampak dunia je.

pelihara aku ya Allah.....
amin.



p/s: looking foward for legoland. yeay!

Friday, September 14, 2012

jodoh hak Allah

bismillah...

aku senyum tengok gamba dia kawen dekat fesbuk.
dalam hati ikhlas aku ucap alhamdulillah.
dalam hati ikhlas aku doakan semoga dia bahagia.
dalam hati ikhlas aku doakan dia dan isteri sentiasa diredhai Allah.
ikhlas. sungguh aku ikhlas.

bukan aku tak terdetik nak ucap tahniah.
tapi aku taknak ganggu.
aku doa dari jauh.
doa dari kawan yg sungguh ikhlas.

tapi semalam bila dia telefon.
aku terkejut.
dia tak cakap lama.
cuma pesan aku jaga diri elok-elok.
tapi aku tau kenapa dia telefon.

jangan ditanya kenapa jodohnya bukan dengan perempuan yg dia nak.
cinta tu untuk manusia.
tapi Allah dah atur kan yg lebih baik.
terimalah. bersyukurlah.
takkan salah perlaksanaan Allah.
takkan salah walau sikit pon.

aku doakan kau dan isteri sentiasa di bawah lindungan Allah.


Monday, September 3, 2012

pesan ayah

weekend ni aku ke bandung.
jalan-jalan dengan family.
bukan nak berlagak gi bandung.
setakat bandung tu, takyah nak berlagak la.
lain la kalau pegi europe.

trip nak pegi bandung ni rase tak lengkap.
sebab ayah takde.
teringat trip pegi cambodia tahun lepas.
dengan mak,ayah, kakngah.
seronok.
kiteorang takde beli pape sangat pon.
jalan-jalan je.
ayah cakap melawat bumi Allah :')

sebelum bertolak ke cambodia.
ayah dah pesan awal-awal.
niat dalam hati untuk melawat bumi Allah.
untuk tengok macam mana kehidupan muslim kat negara lain.
ayah cakap, kalau ade duit banyak, pegi la jalan-jalan.
melawat bumi Allah.
tengok kebesaran Allah :')
sebak teringat pesanan ayah.

dekat cambodia, setiap kali keluar, ayah galas back pack.
kat sane susah nak cari makanan halal.
jadi setiap kali keluar bawak roti,biskut,air.
aku tau berat backpack tu sebab ade banyak air.
kat sane panas, ayah suruh minum banyak air.
baik sungguh ayah, sanggup galas beg berat untuk isteri dan anak-anak.

sungguh Allah dah beri aku ayah terbaik.
syukur ya Allah.

trip kali ni ayah takde.
tapi setiap pesanan ayah, aku simpan dalam hati.
simpan baik-baik :')


phom penh, cambodia. april 2011

Monday, August 27, 2012

raya 2012


raya datang lagi.
alhamdulillah Allah bagi peluang lagi untuk aku jumpe syawal.
selamat tinggal ramadhan.
moga Allah panjangkan umo aku untuk jumpe ramadhan lagi tahun depan.

raya tahun ni mestilah tak sama macam raya sebelum2 ni.
dengar takbir malam raya, air mata automatik jatuh.
aku perasan masing-masing ambil quran.
aku tau, tu je cara nak tenangkan jiwa.
sedekah kan yaasin untuk ayah techenta.

pagi raya pon sama.
semua nangis.
walau masing-masing tak cakap nangis sebab ape.
aku tau kami nangis sebab yang sama.
alhamdulillah, kasih dan sayang kami dekat ayah masih kuat.

selamat hari raya untuk semua.
maaf zahir batin.
jemput datang rumah =)



selamat hari raya.
dari noor affendi sekeluarga.

Sunday, July 29, 2012

doa



Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Allahumma inni a'udzubika minal hammi wal-hazan 

Ya Allah, aku mohon dijauhkan sedih & gelisah

wa a'udzubika minal 'ajzi wal kasali

dan aku mohon jauhkan dari gopoh & malas

wa a'udzubika minal jubni wal bukhli

dan jauhkan dari menjadi penakut & kedekut

wa a'udzubika min ghalabatid dayni

dan jauhkan dari belenggu hutang

wa qahrir rijal

dan paksaan orang lain


amin ya rabbal alamin.



p/s: tabah kan hatiku ya Allah. sesungguhnya Engkaulah yg pegang hati ini.


Wednesday, July 11, 2012

=')


you may not be her first, her last or her only.
she loved before and may love again.
but if she loves u now, what else matters?
she's not perfect- u aren't either.
and the two of u may never be perfect together.
but if she can make u laugh, cause u to think twice,
and admit to being human and making mistakes.
hold onto her and give her the most u can.
she may not be thinking of u every second of the day,
but she'll give u a part of her that she know u can break- her heart.
so don't hurt her.
don't change her.
don't analyze and don't expect more than she can give.
smile when she makes u happy.
let her know when she makes u mad.
and miss her when she's not there.





awww. sweet =')

Monday, July 9, 2012

money plant

always do ur best.what u plant now, u'll harvest later


i got this plant and clay pot from ikea.
the plant cost rm1.90 and the clay pot cost rm0.30.
haha funny right there still got item in ikea that cost rm0.30?

since im a horticulturist (ehem ehem).
let me tell u a little bit about this plant.

scientific name: Epipremnum aureum
common name: money plant
family: Araceae

so, hai. meet my new buddy =)


Friday, July 6, 2012

roses


i got this from someone yesterday.
confused.
guilty.
afraid.

i don't want the love inside me fading away.
but i know, somehow, it will fade away.
little by little, as time goes by.

and its sad, u know.

Wednesday, July 4, 2012

maybe this is love

marriage is responsibility.
well, loving is responsibility.
responsibility to take care of each other's heart.
and lead each other to have a good life in this world.
and better life in hereafter.

how Allah can create everything differently.
So does Allah makes different people with different stories.

happiness comes after pain.
it comes at the moment we never expected.

keep praying.
and believing.

and when the time has come.
u'll have that person who's destined to be with u forever.
someone who deserves your LOVE.

have faith in Him.


Thursday, June 28, 2012

akhir cerita

begini jadinya.
harap ini bukanlah satu pengakhiran.
mungkin ini satu permulaan.
permulaan baru untuk aku dan dia.

terima kasih untuk selama ini.
minta maaf untuk selama ini.

semoga berjumpa lagi.
dengan hubungan yang lebih diredhai.
amin.

Tuesday, June 26, 2012

emma's e-day

last weekend pegi chini, pahang.
emma dah tunang hoi!
Alhamdulillah. all praises to Allah.
happy =)

off to chini with girlfriend.

this is the place. safely arrived.

gojes emma! congrats. one step closer.

perempuan-perempuan gembira.

Alhamdulillah. semuanya berjalan lancar.
can't wait for your wedding day pulak emma!
hugsss!




Sunday, June 10, 2012

='(


berikan balasan yang baik-baik pada ayah, ya Allah.
pelihara ayah baik-baik, ya Allah.
aku berserah....


betapa banyaknya rindu aku pada ayah, hanya Allah yang tahu.


burger bakar

sekarang memang glemer gile la burger bakar ni.

1st time makan, dekat rumah kaklang.
kaklang yang buat kan for breakfast.


ni burger bakar kaklang buat. pic taken from her blog secara haram.kihkih.
price: free


2nd time plak aku makan burger bakar.
burger bakar kat ampang.
yang ni memang gile la beratur panjang siap kena amek nombor.
kedai ni macam stall kecik je tapi penah masuk jalan-jalan cari makan.

                                                         
tengok. sampai nombor 121. gilak ah!


ni la rupenye burger bakar yang glemer tu.
price: rm10 (burger bakar + 2 hotdogs + air)


3rd time lak aku makan burger bakar kat serdang ni je.
dekat je dengan upm.
stall die depan mamak bismillah.
stall dia takde tempat makan, tapi boleh makan kat bismillah.
asalkan korang order air kat bismillah tu. hehe.


yang ni takdela sampai kena amek nombor.
price: rm8


bagi aku, burger bakar yang paling sedap.
yang kaklang buat tu.
betul, bukan nak bodek (tapi kalau nor g umah kaklang,buat la lagi ye).
maybe sebab buat sendiri boleh letak macam-macam suka hati.
atau sedap sebab free? kihkih.
then aku rasa yang kat ampang tu lagi sedap banding dengan yang serdang ni.
tapi ok la, nak g ampang jauh sangat.
kalau ngidam tu boleh la jugak nak makan yang kat serdang ni. not bad rasa dia.
cuma aku rase roti dia yang tak sedap sebab macam tak bakar sangat.

ok, mari makan burger bakar mulai sekarang.
boleh dah nak boikot mcD.

Wednesday, June 6, 2012

some parts of my heart

i noticed myself now.
i seldom crying.
not because im ok.
not because i've grown up.

my heart sometimes hurt so much.
but i didn't cry.
i just keep silent.
silent. like im the only person in this world.

some people say i am strong.
maybe yes.
maybe no.
people may forgot.
that silence is often the loudest cry.
as it hurts the heart until u don't feel like crying.

thank u Allah.
for this sensitive heart.
for this vulnerable heart.
for this fragile heart.

Life is a series of thousands of tiny miracles..............




Monday, June 4, 2012

happy moment

ini cerita lama.
tapi tetap senyum sampai sekarang bila teringat =)

yes, birthday celebration baby!


 its baby-g! sobsss terharu. its one in my wanted list.


terima kasih sangat-sangat awak. gembira dan terharu sangat ='). 


malas nak tulis panjang-panjang.
suke sangat sampai tak tau nak taip ape.
terkejut sebab awak jadi sweet camni.
sejak bile pandai jadi sweet ni ha?
dah 24 dah kite.
doakan kite bertambah baik dan iman ye =).



p/s: "kita mungkin tak macam kapel lain boleh buat suka-hati. tapi kita harap b dapat balasan kebahgiaan hakiki nanti." ='(. terima kasih. terima kasih sebab sentiasa jaga maruah saya. 



Sunday, June 3, 2012

24

Assalamualaikum.

Allah masih lagi panjangkan umur.
last few days, im officially 24.
24 is a big number for me. comes with big responsibility.

Alhamdulillah for the health, family, success, friends.
growing up, makes me think about life and the test i face.
think,observe,analyze.
and i find myself a stronger person than before.
a more positive person than before.
more grateful person than before.
a person who knows to find Allah when anything happen rather than to find person.
i think, those are my most precious birthday gift ever.

this past few months, life has been really hard for me.
but in life, Allah doesn't give u everything u want. but He gives u everything that u need.
because Allah knows what u lack, and what u will gain after being tested.
for the test i've been through, it made me a way better person and muslim than before.
and i am strong enough to say 'Alhamdulillah', for Allah helping me to bring me up via the hardship i've been through.

to be a mu'min is not easy.
im still learning.
im still struggling.
may with the age given by Allah, im using it for the right way.
may Allah always guide me.
may Allah ease my way in learning quran and practicing it.

to ayah, my heart never stop missing u.
i love our family lillah.






Monday, May 14, 2012

quran dan kita.


Ya Allah.. sedihnya apabila Quran pun tidak kita endahkan dan baca. Betapa ramai antara kita tidak tahu menahu apa yang tertulis didalamnya. Quran yang diturunkan oleh Rabb kita, bukannya janji atau omongan kosong manusia, peliknya apabila ‘kata’ manusia lebih kita percaya dari janji-janji Allah. Lihatlah, betapa parahnya kita! LYa Allah sedihnya melihat kemunduran Umat Islam kini.
(source: wardina safiyyah's blog)



"Sesungguhnya, Kami menurunkannya berupa Al-Quran dengan berbahasa arab agar kamu memahaminya" (quran,12:2)

"Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang tidak diacuhkan"(quran,25:30)


Allah dah bagitau, Al-Quran ini untuk difahami. baca dan faham lah. sikit demi sedikit. 
hidayah tu perlu dicari. bukan datang bergolek.
sedihnya hati bila Rasul Allah sendiri menyatakan yang kaumnya sendiri tak acuh dengan quran.
jom same-same amek quran. bace dan faham.
niat yg baik, pasti Allah izin dipermudahkan.


p/s: peringatan untuk diri sendiri.


Thursday, May 10, 2012

think.

Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia?
1) And when My servants ask you, [O Muhammad], concerning Me - indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided, (quran, 2:186)

And We have already created man and know what his soul whispers to him, and We are closer to him than [his] jugular vein (quran, 50:16)


Apa yang paling JAUH dari kita di dunia?
2) And the Messenger has said, "O my Lord, indeed my people have taken this Qur'an as [a thing] abandoned (quran, 25:30)


Apa yang paling BESAR di dunia?
3) Then is it the judgement of [the time of] ignorance they desire? But who is better than Allah in judgement for a people who are certain [in faith] (quran,5:50)


Apa yang paling BERAT di dunia?
4) benda yang paling berat adalah untuk bersikap mengikut cara Allah.bila datang ujian,dekat situ sikap kita kelihatan. padahal kita diciptakan memang untuk diberi ujian.


Indeed, We created man from a sperm-drop mixture that We may try him; and We made him hearing and seeing. (quran, 76:2)


Allah cakap jangan sombong.


And [mention] when We said to the angels, "Prostrate before Adam"; so they prostrated, except for Iblees. He refused and was arrogant and became of the disbelievers (quran, 2:34)


Jangan ada kedengkian

Mankind was [of] one religion [before their deviation]; then Allah sent the prophets as bringers of good tidings and warners and sent down with them the Scripture in truth to judge between the people concerning that in which they differed. And none differed over the Scripture except those who were given it - after the clear proofs came to them - out of jealous animosity among themselves. And Allah guided those who believed to the truth concerning that over which they had differed, by His permission. And Allah guides whom He wills to a straight path. (quran, 2:213)

Jangan bercerai-berai

And hold firmly to the rope of Allah all together and do not become divided. And remember the favor of Allah upon you - when you were enemies and He brought your hearts together and you became, by His favor, brothers. And you were on the edge of a pit of the Fire, and He saved you from it. Thus does Allah make clear to you His verses that you may be guided. (quran, 3:103)

Berbuat baik pada orang lain dan jangan buat kerosakan di bumi

But seek, through that which Allah has given you, the home of the Hereafter; and [yet], do not forget your share of the world. And do good as Allah has done good to you. And desire not corruption in the land. Indeed, Allah does not like corrupters. (quran,28:77)

Apa yang paling RINGAN di dunia?
5) [Iblees] said, "My Lord, because You have put me in error, I will surely make [disobedience] attractive to them on earth, and I will mislead them all (quran,15:39)

Apa yang paling TAJAM di dunia?
6) Just as We have sent among you a messenger from yourselves reciting to you Our verses and purifying you and teaching you the Book and wisdom and teaching you that which you did not know.(quran,2:151)


source: a friend of mine.

p/s: sorry the translater is in english. i didn't bring my tafsir quran to faculty. my bad. 

Wednesday, April 25, 2012

si lembik

cuba la kuat sket.
sket-sket nges.
sket-sket nges.
macam pondan tau tak?!

tak jadi takpela.
buat balik.
machine buat hal takpela.
nanti machine ok jugak kan?
sabar la sket.

betulkan balik niat nak belajar tu.
ingat belajar ni sebab apa.
yela, dulu memang belajar ni sebab ayah suruh.
ayah orang first yg cakap boleh buat.
tapi mane boleh belajar sebab ayah.
kena la belajar sebab Allah.
baru dapat pahala.
nak pahala kan? nak masuk syurga kan?

rindu dekat ayah pon.
jangan la sampai jejas keje lain.
hidup kena teruskan jugak.
janganla macam ni.
kalau ada pape, rasa nak cite dekat ayah.
masa doa mohon dengan Allah.
Allah kan Maha Mendengar.
ayah takde, tapi Allah ade kan untuk mengadu.
jangan risau.

dahla.
jangan nges lagi.
pegi sambung keje ape yg patut.
anak ayah bukan lembik macam ni.
buat keje elok2.
mulakan dengan bismillahirahmanirrahim ok.
semoga dapat keberkatan Allah.

Thursday, April 19, 2012

6 bulan

setengah tahun.
tapi rasa baru macam semalam hantar ayah dekat airport pergi mekah.
rasa baru macam semalam ayah kejut pagi dengan belai rambut.
rasa baru macam semalam cium pipi lembut ayah.
rindu.

setengah tahun.
aku cuba untuk lebih tabah.
aku cuba untuk tak menangis.
aku cuba lawan perasaan.
aku cuba pujuk hati.

setengah tahun.
bukan masa yang senang untuk aku.
hati tak sama macam senyuman di bibir.
tapi aku banyak belajar.
belajar tanpa sedar.
mungkin ini cara Allah untuk mentarbiyah aku.
mengajar aku dalam kesakitan.
aku redha.
terima kasih Allah.

setengah tahun.
aku bertambah yakin dengan Allah.
yakin dengan kekuasaan Allah.
belajar apa itu redha.
belajar untuk bersyukur.
belajar menenangkan hati dengan mengingati Allah.
pelajaran yang tiada nilainya.


"invoke Me, I will respond to your invocation", quran 40:60

Allah dah cakap dalam quran yang Dia akan memperkenan kn doa-doa hambaNya.
Allah itu Maha Mendengar kan ayah?
semoga Allah tetapkan ayah menjadi hamba yang soleh.
dan kami adik-beradik menjadi anak yang soleh.
supaya doa-doa kami sampai kepada ayah.
nor sayang ayah. sampai bila-bila.


Friday, March 16, 2012

impossible


they say, nothing is impossible in this world.


*
*
*
*
*





but tell me people, how can i live my life without tears missing him.
how can i control my mind not to think of him.
how can i put him away from my heart, when there's a permanent space for him inside me.
for me to forget him.
IMPOSSIBLE.




p/s: i believe this must be the best way for me. provide me patient and stronger heart Ya Allah...

Saturday, March 10, 2012

mati itu pasti


"kite kena balik kemaman ni. pokcik mang meninggal"


tula sms yang aku dapat pagi tadi.
hati terus berdegup laju.
air mata tanpa diminta mencurah-curah jatuh.
betul, aku tak kenal pon arwah.
tak pernah berjumpa, tak pernah bertegur sapa.
tapi air mata mengalir seolah-olah arwah saudara yang dekat.

benda pertama yang keluar dari otak aku.
anak-anak dia macam mana?
kecil lagi ke dah besar?
isteri arwah macam mana?
lepas arwah meninggal ada pendapatan tak?

cepat-cepat hati berdoa semoga Allah kuat kan hati keluarga arwah.
jangan lah keluarga arwah rasa sakit macam mana aku rasa.
semoga Allah berikan hati yang jauh lebih kuat untuk keluarga arwah berbanding aku.

terus teringat pada pagi ketiadaan ayah.
kul 6.30pagi kakngah kol.
"diknor, ayah passed away"
masih segar dalam ingatan kata-kata tu.
hati bagai kan tercabut.
otak seperti tak dapat bezakan realiti atau mimpi.

air mata terus mencurah-curah jatuh.

cepat-cepat aku ambil wudhuk.
solat sunat 2 rakaat.
sedekah kan bacaan yassin untuk arwah pokcik mang dan ayah jugak.
berdoa sambil menangis.
sungguh diri ini sangat kerdil saat tadah kan tangan.
besarnya kuasa Allah.
Dia berhak mengambil sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.


إنا لله و إنا إليه راجعون
" To Allah we belong, and unto Him is our return "




righteous spouse


O Allah! Please grant me the one
Who will be the garment for my soul
Who will satisfy half of my deen
And in doing so make me whole

Make him righteous and on your path
In all he'll do and say
And sprinkle water on me at Fajr
Reminding me to pray

May he earn from halal sources
And spend within his means
May he seek Allah's guidance always
To fulfill all his dreams

May he always refer to Qur'an
and the Sunnah as his moral guide
May he thank and appreciate Allah
For the woman at his side

May he be conscious of his anger
And often fast and pray
Be charitable and sensitive
In every possible way

May he honor and protect me
And guide me in this life
And please Allah! Make me worthy
to be his loving wife

And finally, O Allah!
Make him abundant in love and laughter
In taqwa and sincerity
In striving for the hereafter!



Sunday, February 26, 2012

redhakah aku?

again, i'll write about ayah.


jujur, aku memang selalu menangis teringat kan ayah.
aku rindu suare ayah.
rindu nak tengok ayah.
rindu nak bace sms ayah bagi.
rindu nak denga nasihat ayah.
rindu nak rasa ayah gosok kepale bila kejut pagi-pagi.

sungguh Allah kurniakan ayah yang terbaik untuk aku.
syukurnya aku padaMu ya Allah hanya Engkau yang tahu.

kerana tu Allah tarik nyawa ayah dengan cara yang baik sekali.
Allah jemput ayah di tanah suci.
diberi peluang pada ayah untuk disembahyangkan di tempat mulia, masjidil haram.
disediakan tempat kubur ayah di tanah suci.
sungguh Allah menjadikan ayah tetamu-Nya.
Allahuakbar.

aku sentiasa berkongsi rasa pada kawan-kawan bila aku sakit sangat.
sakit dalam hati kerana terlampau rindukan ayah.
sakit yang tiada ubat jual di farmasi atau klinik.
sakit yang takde doktor boleh rawat.

kawan-kawan sering suruh aku redho.
ikhlas menerima ketentuan Allah.
terima kasih semua kerana sentiasa nasihat kan aku.
terima kasih kerana sentiasa bagi semangat.
semoga Allah membalas kebaikan kalian.

kadang-kadang terdetik dalam hati.
kenapa aku jadi macam ni?
tak redho kah aku dengan pemergian ayah?
tak ikhlas ke aku menerima takdir Allah?

apa itu redha sebenarnya?
jika redha tak boleh menangis ke?
tak boleh merindu ke?
benar aku lemah.
aku insan biasa yang sungguh lemah.

redha dengan ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah WAJIB hukumya.
tapi bagaimana kita nak tau yang kite betul2 redha?
aku sendiri tak pasti.
aku harap aku redha. redha yang tak hanya di mulut. tapi di hati juga.

jika ditanya pada aku, sudah pasti aku jawab aku redha.
cuma rindu dan kenangan itu tak boleh hilang.
tak aku mempersoal kan kenapa Allah ambil ayah.
kerana aku tau Allah lebih sayang kan ayah.
anak mana yang tak gembira jika Allah sayang kan ayahnya?
itulah yang aku rasa.
gembira,bersyukur kerana Allah sayangkan ayah.

cuma untuk hilang kan rindu terhadap ayah.
memang mustahil......